YBhg. Dato`, Datin Tuan,Puan,
Ibu , Bapa, Penjaga
Murid-murid tahun 2 hingga 6
SK Petaling 1
Kuala Lumpur.
YBhg. Dato`, Datin,Tuan , Puan
PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UJIAN PERMATA PINTAR SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa saringan peringkat pertama Ujian Permata Pintar UKM 1 secara atas talian telah bermula dan akan berakhir pada 31 Mei 2014.
3. Sehubungan dengan itu YBhg Dato`, Datin , Tuan , Puan yang berminat , boleh akses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my .  Maklumat lanjut berkenaan program Permata Pintar boleh diperolehi melalui laman web http://www.ukm.my/permatapintar .
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

t.t
(MUNIANDAY A/L SUPPIAH)
Guru Besar
SK Petaling 1
Permata Pintar 2014


Pusat PERMATApintar Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.
Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang sangat berharga. Kegagalan mengenalpasti pelajar-pelajar ini boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus pendidikan, atau mereka berhijrah ke negara luar yang menawarkan ganjaran serta peluang pendidikan yang lebih baik.
Malaysia memerlukan lebih ramai pakar-pakar saintis, teknokrat, pemikir, dan nobel laureate di masa akan datang sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang tidak terfikir oleh masyarakat hari ini. Semoga ada di antara lulusan pusat ini yang dapat memenuhi keperluan berkenaan.
Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini. Hubungi kami sekiranya memerlukan maklumat tambahan. 

Untuk Maklumat Lanjut sila kunjungi laman web http://www.ukm.my/permatapintar/

0 comments:

Post a Comment