Sebelum bermula, Anda haruslah mempunyai Akaun google atau lebih senang dikenali Email Anda Sendiri. Platfrom mana-mana pun boleh digunakan seperti yahoo dan lain-lain. Tetapi seelok eloknya ada akaun google adalah lebih baik memandangkan blogger.com adalah produk dari google. Akaun google adalah berplatformkan gmail.com.
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendaftar akaun blogspot.
1. Buka link www.blogger.com
2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'Daftarkan Diri' untuk membuka akaun gmail.
Jika ada email sendiri anda hanya perlu masukkan email dan kata laluan dikotak yang disediakan.
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue to blogger'.
4. Kemudian klik New Blog
5. Paparan dibawah akan muncul dan isi semua yang berkotak
1. Title : adalah tajuk blog yang anda ingin pilih
2. Adress : Merupakan alamta url anda seperti makmalkomputerskp1.blogspot.com
3. Template : latar belakang atau background blog anda (pilih mana yang anda suka)
kemudian tekan 'Create Blog'
6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda
Catatan@Menaip@Post Entry adalah pekara yang paling asas didalam memulakan dunia blogger anda.
Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.
Langkah memulakan :
1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.
2. Pada paparan muka depan, klik pada nama blog anda atau terus 'click new post'
3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).
Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'
- jika anda hendak melihat 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
- jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
- jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kiri)
Meletakkan gambar dalam sesebuah entri dalam sesebuah blog dapat 'merancakkan' lagi kandungan sesebuah entri.
Kebiasaannya gambar yang diletakkan adalah berkaitan dengan entri yang ditaip.
dan adalah biasa pengunjung sesebuah blog suka membaca entri sesebuah blog yang juga mempunyai gambar walaupun sekeping.:)
langkah-langkahnya :
1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'
2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
3. klik pada choose File
4 pilih gambar yang anda ingin masukkan
1, 2 dan 3 adalah tempat dimana gambar biasa disimpan
5. Select gambar yang telah di upload
6.Gambar anda telah sedia diupload ke dalam entry anda :
0 comments:
Post a Comment