MASALAH UMUM YANG BIASA TERJADI

PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH MUDAH
Ralat dalam perisian atau gangguan kepada perkakasan komputer kadang-kadang dapat diselesaikan tanpa memerlukan bantuan juruteknik ataupun pakar. Kebiasaannya apabila berlaku gangguan, sistem akan memaparkan mesej (error message) yang tertentu. Di bawah ini disenaraikan beberapa gangguan yang biasa berlaku dan cadangan penyelesaiannya.
MASALAH UMUM YANG BIASA TERJADI
1. Bunyi beep yang panjang dan diikuti bunyi beep yang pendek
Punca Gangguan
  • kad grafik rosak
  • Setting motherboard yang tidak betul
 Cadangan Penyelesaian
 Keluarkan kaf grafik dari slot dan pasang semula
  • Setting semula CMOS
  • Tambahkan kad grafik sekiranya menggunakan built-in VGA
 2. Bunyi beep pendek dua kali yang berulang-ulang
Punca Gangguan
  • Slot RAM longgar
  • RAM module tidak berfungsi
  • Gabungan RAM module yang berbeza model dan kelajuan
Cadangan Penyelesaian
  • Keluarkan RAM dari slot dan pasang semula dengan sempurna
  • Bersihkan tapak plat RAM menggunakan kain yang kering dan bersih
  • Pastikan tapak plat RAM tidak berhabuk,berminyak dan tiada kesan terbakar
  • Pastikan kelajuan RAM yang digunakan bersesuaian dengan motherboard
  • Tukar RAM module
 3.Tarikh dan masa yang salah dan keluar mesej Press F1 to continue or F2 to enter setup
Punca Gangguan
  • Internal battery lemah
  • CMOS Chip rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Tukar internal battery.Kebiasaannya menggunakan model CR2032
  • Tukar CMOS chip atau buat proses flush kepada chip tersebut
  • Tukar motherboard
4.Mesej Non system disk, disk error, replace and strike any key when ready
Punca Gangguan
  • Terdapat disket dalam pemacu A
  • Sistem operasi pada cakera keras hilang
  • Trak 0 pada cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa pemacu A dan pastikan tiada disket
  • Periksa CMOS setting betul atau gunakan Load setup default
  • Tukar cakera keras yang baru sekiranya cakera keras didapati rosak
5. Mesej Disk Write error
Punca Gangguan
  • Terdapat bad sector pada cakera keras atau disket
  • Partition table rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Jalankan proses low level format terhadap cakera yang berkenaan
  • Buat partition table baru
  • Tukar cakera yang rosak dengan cakera yang baru
6.Mesej General failure reading drive x, Drive not ready atau Invalid drive specification
Punca Gangguan
  • Cakera yang tidak diformat
  • Kapasiti format yang tidak sesuai dengan pemacu cakera
  • Cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Format cakera keras berkenaan
  • Tukar cakera keras yang rosak
7.Paparan mesej insufficient memory
Punca gangguan
  • RAM tidak mencukupi
  • Applikasi yang dibuka terlalu banyak dalam satu masa (multi-tasking)
  • Pengurusan memori yang tidak sempurna
Cadangan Penyelesaian
  • Tutup applikasi yang tidak digunakan
  • Pengurusan memori dilakukan dengan pembahagian semula memori
  • Tambahkan RAM module
8.Tiada respons dari sistem sama ada tiada paparan ataupun tiada bunyi beep
Punca gangguan
  • Processor tidak berfungsi dengan baik
  • CMOS rosak
  • Litar power supply rosak
  • Motherboard rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Gantikan perkakasan terbabit dengan yang baru
  • Hubungi juruteknik jika perlu
 9. Sistem tidak berfungsi dengan baik iaitu selalu hang semasa digunakan, hang bila mula log ke windows dan reboot semasa masuk atau pun hendak keluar dari windows
Punca gangguan
  • Setting CPU clock speed yang terlalu laju dan tidak tepat
  • Suhu processor yang terlalu panas (over-heated)
  • Processor rosak
  • RAM module rosak
  • Motherboard rosak
  • Litar power supply rosak
  • Sektor 0 cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Set semula CPU clock speed dalam CMOS
  • Periksa kipas processor dan pastikan berfungsi dengan baik
  • Pastikan model dan kelajuan RAM sesuai dengan motherboard
  • Jalankan proses low level format cakera keras
  • Gantikan perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru
 10.  Windows selalu dimulakan dengan safe mode
Punca gangguan
  • Proses shutdown tidak sempurna dan tidak mengikut secara kebiasaannya
  • Terdapat divice driver yang tidak berfungsi dengan baik
  • Terdapat perkakasan yang tidak berfungsi dengan baik
Cadangan Penyelesaian
  • Updatedevice driver yang berkenaan
  • Keluarkan kad-kad berkenaan dari slot, bersihkan dan pasang semula
  • Tukar slot sekiranya masih ada slot yang kosong
  • Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru
11.  Paparan yang kabur umpama hujan lebat dan terganggu
Punca gangguan
  • Resolusi melebihi had jangkauan monitor
  • Setting resolusi telah diubah
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa setting resolusi
  • Tukar resolusi kepada nilai yang yang lebih kecil contohnya 800 x 600
12.  Paparan dalam bentuk titik-titik, berkotak-kotak atau simbol yang tidak difahami
Punca gangguan
  • Color depth melebihi had jangkauan kad grafik (VGA)
  • Kerosakan pada kad grafik
Cadangan Penyelesaian
  • Ubah semula setting supaya ianya bersesuaian dengan kad grafik
  • Gantikan kad grafik yang baru
13.  Paparan mesej Track 0 Bad – Disk Unusable
Punca gangguan
  • Disket yang digunakan rosak
  • Kapasiti format yang tidak selaras dengan density cakera yang berkenaan
  • Trak 0 yang menyimpan maklumat berkenaan sistem fail rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Format semula cakera berkenaan
  • Tukar disket ataupun cakera keras yang terlibat dengan yang baru
14.  Cakera keras mengeluarkan bunyi agak kuat, nyaring dan luar biasa disebabkan motor cakera keras tidak berputar dengan sekata
Punca gangguan
  • Motor pada cakera berkenaan rosak
  • Head crash
Cadangan Penyelesaian
  • Gantikan disket atau cakera keras yang terlibat dengan yang baru
15.  Paparan mesej Sector not found atau Invalid drive specification
Punca gangguan
  • Cakera rosak atau tidak diformat dengan sempurna
  • Kapasiti pemacu dan disket yang tidak seragam
Cadangan Penyelesaian
  • Format semula cakera
  • Periksa dan pastikan kapasiti pemacu dan disket adalah sama
  • Tukarkan disket atau cakera yang terlibat dengan yang baru
16.  Paparan mesej Disk is write protect
Punca gangguan
  • Kemungkinan tab disket pada kedudukan write protect
  • Sektor pada cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Tukar tab disket pada kedudukan write enable
  • Low level format cakera keras
  • Kosongkan sector yang rosak menggunakan Disk Manager
  • Bina semula partition table dan format semula cakera keras berkenaan
17.  Paparan mesej File not found
Punca gangguan
  • Fail atau cakera yang hendak diakses rosak
  • Fai tidak sepadan dengan applikasi yang digunakan
  • Fail tiada dalam cakera keras
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa dan pastikan disket dimasukkan kedalam pemacu dengan sempurna
  • Periksa kedudukan sebenar lokasi fail yang hendak dibuka

0 comments:

Post a Comment