MASALAH RANGKAIAN

MASALAH RANGKAIAN YANG BIASA TERJADI
 1. Komputer tidak disenaraikan dalam network neighbourhood
Punca gangguan
  • Installation windows yang tidak lengkap
  • Konfigurasi LAN yang tidak sempurna
  • Pemacu kad rangkaian (network driver) tidak berfungsi
  • Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan kad rangkaian dipasang dengan sempurna
  • Pasang semula pemacu kad rangkaian(network driver)
  • Semak konfigurasi LAN anda dan uji semula dengan menaipkan ping localhost dalam petak run
  • Pastikan protokol dipilih ialah TCP/IP
  • Semak IP address dan subnet mask komputer anda
2.     LED pada network card atau hub tidak menyala
Punca gangguan
  • Tiada sambungan LAN ataupun terputus
  • Hub rosak
  • Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
  • Peiksa kabel rangkaian dan pastikan ianya bersambung dengan kad rangkaian
  • Periksa sambungan yg terputus ataupun longgar dan pastikan ianya disambung ke hub
  • Pastikan sumber elektrik dan suis hub dihidupkan
  • Pastikan pin RJ-45 connector dipasang sempurna pada kabel
  • Ganti RJ-45 connector ,kad rangkaian atau hub yang baru jika perlu
3. LED pada hub atau switch berkelip tidak berhenti-henti
Punca gangguan
  • Port yang berkenaan pada hub atau switch rosak
Cadangan Penyelesaian
  • Pindahkan kabel rangkaian ke port lain yang tidak rosak
  • Gantikan hub yang baru
4.     Network neighbourhood hanya memaparkan diri sendiri sahaja
Punca gangguan
  • Rangkaian tidak disambung dengan computer yang lain
  • Hub rosak
  • Kad rangkaian (network card) tidak disambung dengan sempurna
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa dan pastikan kabel rangkaian disambung kepada hub dan komputer yang lain
  • Pastikan hub berfungsi dengan baik
  • Pastikan workgroup sama dengan komputer yang lain
5. Terdapat beberapa computer tidak dipaparkan dalam network neighbourhood
Punca Gangguan
  • Rangkaian untuk komputer yang berkenaan tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa network setting untuk komputer berkenaan
  • Periksa kabel dan network connector disambung dengan sempurna
  • Pastikan kad rangkaian (network card) berfungsi
  • Pastikan panjang kabel antara hub dan computer berkenaan tidak melebihi 100 meter
  • Tambahkan hub atau pasang repeater jika panjang kabel melebihi 100 meter
6.Paparan mesej pertindihan alamat TCP/IP di mana beberapa buah pc hang secara tiba-tiba apabila rangkaian dikesan semasa proses login Windows
Punca gangguan
  • Alamat TCI/IP yang digunakan bertindih (sama bagi beberapa buah pc)
  • Nama komputer(computer name) sama untuk beberapa buah komputer
Cadangan Penyelesaian
  • Ubah alamat TCP/IP yang bertindih
  • Periksa dan pastikan tiada komputer yang sama nama
7. Paparan mesej No Domain Server
Punca Gangguan
  • Login atau kata laluan yang tidak betul
  • Workgroup yang diwujudkan tidak merujuk workgroup dalam server
  • Rangkaian ke server tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan workgroup client pc sama dengan workgroup yang dinyatakan di dalam server
  • Periksa kabel rangkaian dan port yang menyambungkan komputer kepada server
  • Periksa kad rangkaian pada server dan computer yang berkenaan
 8. Sebahagian node (perkakasan yang dirangkai) tidak dapat di akses
Punca Gangguan
  • Rangkaian yang menghubungkan node berkenaan tidak berfungsi
  • Pertindihan alamat TCP/IP bagi node berkenaan dengan pc atau server
  • Akses kepada node dihalang
  • Fail driver  tidak berfungsi dengan baik
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan semua sambungan rangkaian ke node berkenaan dalam keadaan sempurna.
  • Semak alamat TCI/IP. Ubah jika ada alamat yang sama
 9. Semua konfigurasi rangkaian betul tetapi rangkaian dalaman(LAN) masih tidak berfungsi dengan baik atau tidak stabil
Punca Gangguan
  • Sambungan rangkaian yang tidak baik
  • Kabel rangkaian terlalu panjang
  • Masalah fail Windows
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan semua sambungan kabel dan penyambung RJ-45 ketat
  • Kaedah penyambungan kabel 100-T digunakan
  • Jalankan proses installation semula windows
10. LED ADSL pada modem/router berkelip tidak berhenti-henti
Punca Gangguan
  • Talian ADSL rosak, tidak disambung ataupun terputus
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan kabel telefon/ADSL disambungkan kepada modem
  • Sekiranya lampu ADSL masih lagi berkelip tidak berhenti-henti, hubungi streamyx technical center 1300889515 untuk membuat laporan kerosakan talian
11.  Komputer client (student) tidak dapat melayari internet
Punca Gangguan
  • Rangkaian tidak berfungsi
  • Julat alamat TCP/IP melebihi had disokong oleh router
  • Konfigurasi internet browser computer yang berkenaan merujuk kepada connection yang salah atau tidak wujud
  • Konfigurasi proxy salah ataupun tidak diperlukan
Cadangan Penyelesaian
  • Pastikan rangkaian berfungsi dengan baik
  • Pastikan bilangan client tidak melebihi julat router pada satu-satu masa. Contohnya router jenis Allied Telesyn yang dibekalkan kepada makmal sekolah (projek SCHOOLNET) hanya membenarkan 62 node sahaja mengakses pada satu-satu masa
  • Semak konfigurasi pelayar web dengan menggunakan option never dial a connection dalam Tools-Internet Option-Connections di mana kosongkan pada ruangan proxy (LAN settings)
12.  Lampu (LED) ADSL pada modem/router stabil dan lampu PPP menyala tetapi lampu LAN tidak menyala
Punca Gangguan
  • Rangkaian dalaman ke modem/router  tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
  • Periksa kabel rangkaian dan penyambung RJ-45 dari modem/router ke hub switch dengan memastikan port yang berkenaan dalam keadaan yang baik

1 comment: